Tuesday, June 23, 2009




.: Ibu Dibelai, Anak Dibuai :.






HARGA
Malaysia: RM 29.00
Singapore/Brunei: $ 19.00


Doktor Ariza merupakan pakar Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau juga mengendalikan klinik yang menangani masalah sakit puan, kemandulan dan menjalankan pemeriksaan berkala ibu-ibu mengandung.


Untuk Tempahan atau Pembelian, Sila Hubungi;

Cita Seikhwan Sdn. Bhd
1st Floor, No 54,
Jalan Memanda 9,
Ampang Point
68000 Ampang

Tel: 03-4260 4213
Fax: 03-4260 4212

Saturday, June 13, 2009

anakku, tidak cukup aku mencintaimu

anakku

waktu tengahari kelmarin
panasnya begitu menyengat
bahangnya terasa sekali

matahari seolah-olah begitu marah
menyinga dan melontarkan bara

manusia-manusia pun duduk di rumah
melingkar seperti ular sawa
tidak sanggup melangkah keluar

ibu pun duduk-duduk
sambil melayang pandangan ke luar
seolah terlihat wap panas
terbit dari rekahan-rekahan tanah

tiba-tiba engkau muncul anakku
memberikan salam dan senyum manis khusus milikmu
memakai ketayap dan beg sandang birumu
pulang dari solat jamaah dan kuliah agama setiap sabtu

lalu tiba-tiba
kurasa angin semilir bertiup lembut
ada hawa dingin yang masuk
panas menyengat tadi tiba-tiba hilang
hati ibu terasa ringan...

ada air yang terbit dari hujung mata ibu
ingin kupeluk dirimu saat kau mencium tanganku

anakku,
moga Allah memberkatimu
moga Allah sentiasa memeliharamu
kerana mendatangkan untuk ibu
saat-saat bahagia seperti ini..

cukup mudah membahagiakan seorang ibu tua
sekiranya engkau tetap dan kukuh di atas jalanNya
ibu tidak peduli apa-apa
ibu akan rela pergi dengan menutup mata
penuh redha....

Thursday, June 4, 2009

takut

5 jun 2009- masuk hari ni sudah sebulan lebih aku menjalani hidup sebagai OKU. dengan berjalannya masa, aku juga semakin resah. banyak yang aku takutkan....takut kalau-kalau kaki belum sembuh..takut kalau-kalau tulang belum bersambung..takut kalau-kalau aku terpaksa sambung mc lagi...terutama aku bekerja swasta..ada kerja ada gaji, takde kerja takde gaji..sdangkan sewa klinik, gaji pekerja, sewa mesin ultrasound dan lain-lain sewa lagi perlu dilunas setiap bulan...
takut....
apa yang aku takutkan?
teringat satu surah.....'sesungguhnya kami akan menguji manusia dengan sedikit ketakutan,kelaparan dan dengan berkurangnya harta dan hilangnya jiwa-jiwa serta tanam-tanaman dan berikanlah khabar gembira bagi mereka yang sabar.....'

subhanallah..Allah menyediakan jawapan bagi segala persoalan manusia...
apa saja persoalan yang menghantui kita, kembalilah kepada al Quran, pasti ada jawabannya.

begitu indahnya hidup dibawah naungan al Quran...seperti apa yang ditiulis oleh As Shahis Syed Qutb..Hidup di bawah naugan al Quran....seolah-olah ada siraman air yang menyejukkan, ketika jiwa sedang gelisah. berada dalam teduhnya pepohonan ketika panas menyengat.....

Masyallah Ya Rahman, syukur ku tidak bertepi kerana memilih aku menjadi di antara orang-orang Islam..
Ya Allah, jangan dikau palingkan hati kami, setelah Engkau memberikan kami hidayah...

ameen ya rabbal 'alamin


Monday, May 18, 2009




mukmin yang kuat


lebih baik dari mukmin yang lemah




walau keduanya punya kebaikan




kuda yang tempang


di tengah gemuruh genderang perang


bakal menjadi beban


lebih baik dikorbankan




solat dengan berdiri tangguh


pasti lebih baik dari solat dengan duduk




sujud penuh takzim


di hadapan Allah Rabbul Jalil


penuh khusyuk


nikmat dalam berlama-lama




takkan sama


hamba yang sakit


sujud dalam duduk


dahi tidak mencecah lantai




oh sungguh kurindu..


sujud dengan sempurna


Saturday, May 16, 2009

selamat hari guru!

16 May 2009

"school is best today,ummi!''.Itu kata-kata yang pertama keluar dari mulut Tholhah, anak bongsuku sebaik kujemput dari sekolah. Allah...tuhan saja yang tahu betapa bahagia dan berbunganya hatiku mendengar kata-katanya itu.

baru beberapa hari lepas, selepas kumarahi kerana tidak mahu kesekolah, dia berkata...'tholhah nak mati'''. Kudiamkan aja pada mulanya, dia keluar dari bilik dan sebentar kemudian datang lagi...dengan sebilah pisau lipat di tangan!...berderau darahku..pisau lipat abangnya agaknya..aku cuba bertenang dan kupujuk dia perlahan-lahan...kupanggil dia untuk kupeluk dan dengan cepat pisau itu kurampas. astagfirrullah...berkali-kali aku beristighfar....rupa-rupanya anakku betul-betul tertekan dengan keadaan di sekolah.

guru.....aku tidak tahu apa adakah pekerjaan yang lebih mulia dari seorang guru...atau adakah pekerjaan yang lebih beruntung dari menjadi seorang guru...

teringat aku satu caption dari cerita Sang Murabbi..."..tak pengen jadi orang berharte...?" kata sang ibu pada anaknya...jawab si anak...."Eh..ibu, justru guru hartenya banyak...ngasi ilmu terus..."

contoh terbaik seorang guru adalah pada sosok tubuh nabi Muhammad s.a.w.-mendidik dengan penuh kasih dan sayang, penuh kesabaran,...mendidik dengan hati..

ada satu cerita yang sangat menyentuh hatiku. Rasul terlihat ummu Fudahil sedang menggendong anaknya yang kecil, lalu Rasul mengambil bayi itu dan menggendongnya pula. Tiba-tiba bayi kecil itu kencing di baju rasulullah, terkejut dengan kejadian itu, ummu fudail terus merampas bayi itu dengan agak kasar. Rasulullah kelihatan tidak suka dengan kejadian itu dan berkata, ' air kencing di bajuku boleh dengan senang dibersihkan dengan air, tapi perasaan anak yang rosak itu, bagaimanakah kamu nak memulihkannya.."

siapakah dan bagaimanakah memulihkan perasaan anak yang 'dirosakkan' oleh guru?
bagaimana memulihkan perasaan anak yang telah dirosakkan oleh kedua ibubapanya-yang juga adalah guru?

berapa ramaikah guru kini yang mendidik dengan hati..?
berapa ramaikah ibubapa yang mendidik dengan hati?

alhamdulillah, aku bersyukur pada Allah, masih ada juga guru-guru yang mendidik dengan ikhlas, yang mahu mengelus lembut rambut muridnya, yang mahu meletakkan tangannya yang mulia ke atas dada anak muridnya dan mendoakannnya...

'a mediocre teacher tells, a good one explains, a better teacher demonstrates but a superb one inspires........'

Selamat Hari Guru!

Sunday, May 10, 2009

kunjungan sahabat seberang

semalam sewaktu aku masih di dalam bilik air, anakku simujahid menjerit dari luar. ummi! umat indonesia telefon, dia orang nak datang ziarah.....
"ayyid, takkan lah ummat indonesia nak datang jumpa ummi...

'ia ummi, dia kata dia ummat indonesia..'
dalam hati kecilku berkata...agaknya ummahat (kaum ibu) indonesia..

betul seperti kujangka, petangnya, sahabat-sahabat indonesia datang. Ada beberapa keluarga...ada yang merupakan bekas pesakitku, ada yang merupakan guru anak-anakku, ada yang merupakan sahabat-sahabatku.

rupa-rupanya tanpa kusedari, namaku di kalangan expatriate indonesia disini famous jugaklah...biasanya pesakit dari luar memang macam tu. kalau ada sorang yang dah mula ngan kita, semua suku sakatnya nanti akan datang jumpa kita. kalau di klinik, kadang-kadang nampak macam international klinik. ada berbagai rupa dan warna. selalunya yang selalu jumpa aku biasanya orang indonesia, somalia dan iran....

sahabat-sahabat Indonesia kat sini rapat sekali. macam adik beradik. Pernah ada seorang dari mereka kemalangan dan patah kaki dan tangan, sahabat-sahabat lelaki mereka bergilir-gilir menjaga termasuk berjaga malam untuk menemani di ward, kemudian buat collection duit untuk cepatkan pembedahan dan transfer ke hospital swasta.
Inilah yang pernah dikatakan para sahabat......'andai raja-raja mengetahui nikmat yang kita rasakan dalam ukkuwah tentu mereka akan berperang untuk mendapatkannya.....'

mereka datang dengan penuh adab-adab ziarah,tidak terlalu lama dan penuh dengan doa...sempat pula melakukan 'sharing' sedikit bahan yang mereka baru dapatkan dari pengajian mereka...kata mereka...ustaz kata...kalau Allah inginkan kebaikan pada seseorang, Dia akan memberikan kefahaman akan agamanya...selanjutnya ada ulasan lagi di dalam Riadhus solihin...kalau allah inginkan kebaikan pada seseorang, allah akan cepatkan musibah baginya....'

allah...walau cuba kutahan, berderai juga airmataku....
diselang-selangi ucapan 'shafakillah' dan 'tohurr insyallah' kami berpelukan untuk berpisah sementara.

terimakasih sahabat.....terimakasih atas doa-doanya..terimakasih atas tazkirahnya...terimakasih tidak terhingga kerana mengizinkan aku mencicipi sedikit nikmat dari lubuk ukkuwahmu.

Tuesday, May 5, 2009

senandung patah

kakiku patah...

musibah atau kafarah?
amarah Allah atau rahmah?

kalau musibah..
kukata innalillah..

kalau rahmah,
kukata Alhamdulillah..

kedua-duanya aku pasrah

yang kutahu hidupku bertambah berkah
sahabat jauh dan dekat datang berziarah
doa untukku mencurah-curah
terasa sungguh ikatah mahabbah
kasih dan cinta kerana Allah

bibirku pun senang menyebut astaghfirullah
solat sunat 4 rakaat qabla zuhur( tak pernah kubuat) kucuba sudah
tak pernah kumimpi mencuba hafal Al- Baqarah
walau kutahu mungkin tak sudah
mudah-mudahan niatnya pun diterima Allah

solat dalam sakit rupanya indah
terasa penuh nikmah
mudah-mudahan dapat istiqamah

kutahu manusia pelupa memang fitrah
ketika sakit ingat pada Allah
ketika senang mengingat Allah susah
kerana itu memang perlu pada musibah
supaya dosa dapat dikafarah
mudah-mudahan ringan beban di Arafah

memanglah Rabbku Maha Pemurah...