24 april-sepatutnya hari yang cukup indah. setelah sekian lama terperap di klinik, hari ini aku akan mula mengikuti kursus bertaraf internasional dalam bidang yang aku minati iaitu infertiliti. kursus diadakan di klcc, berlangsung dengan cukup baik.Banyak info-info baru yang aku perolehi,alhamdulillah. Kandungan kursus cukup padat, tak ada masa terluang. Aku menjeling jam, kebiasaannya aku solat dhuha 2 rakaat pada waktu ini. Hhmmm...tak apalah, hari ni tak dhuha, bisikku dalam hati dengan sedikit rasa bersalah.
Kemuncak program hari itu adalah lawatan ke hospital enam bintang-Hospital Prince Court di Ampang. kami akan dibawa menyaksikan 'live' pembedahan menggunakan robotik di sana.Memang hebat, manusia dan robot bersatu untuk memberikan yang terbaik untuk pesakit. Tapi sebenarnya aku taklah teringin sangat melihat pembedahan itu, yang selebihnya aku sebenarnya ingin mencengah hospital tersohor itu...betul ke cantik sangat?
Jam 5.00 petang-aku belum asar lagi, tapi bas yang nak membawa kami ke Prince Court dah sampai.Sempat juga hatiku berkata-kata seke jap.....belum asar lagi nih...... "sampai je nanti kita cari tempat solat ye..." aku berkata kepada temanku, Ijan, yang ikut serta.
Perjalanan tidak mengambil masa terlalu lama kerana KLCC dan Prince Court dekat rupanya.Aku memanjangkan tengkok...ooo..ini rupanya Prince-Court. Kelihatan beberapa orang staff sudah berbaris menanti kami. Beberapa orang participant di hadapanku telah turun...kemudian aku pun turun....dan takdir pun berlaku seperti yang telah disusun olehNya. Sewaktu turun, tiba-tiba kaki kananku terpelecok dan seluruh beratku menghempap ke atas kakiku..... aduh..aku menjerit kecil..beberapa orang temanku berlari mendapatkanku..kuselak sedikit kakiku..dan terlihat dengan jelas kakiku berada dalam kedudukan yang pelik. Tak perlu menjadi doktor untuk tahu kakiku memang telah patah.
siapa yang pernah patah tentu akan tahu betapa sakitnya patah kaki....aku beristighfar berkali-kali...terasa kesalahan-kesalahanku sebelum ini berputar-putar di depan mataku...seperti tayangan filem. Itulah perkara pertama yang teringat di benakku. Dosa-dosaku.....ya Allah, ampunilah ya Allah...Ampunilah.....
Teringat juga aku satu artikel yang pernah kubaca dalam majalah Tarbawi terbitan dari seberang, Rasul mengatakan, jika kita ditimpa musibah, katakanlah innalillahi wa inna ilaihirajiun dan mohonlah ganti yang lebih baik.
Dalam keperitan menahan sakit, aku merintih kecil dan menyebut innalillah.....dan gantikanlah kesakitanku ini dengan yang lebih baik, ya Allah..
Ketika kita sedang menanggung sakit, masa terasa berjalan begitu lambat sekali...semuanya kurasakan begitu lambat sekali...X ray lambat dibuat, penahan sakit lambat diberi, doktor lambat datang......Aku tersedar sendiri, kadang-kadang aku pun lambat menjengok pesakit. Aku berjanji pada diriku sendiri akan lebih prihatin selepas ini. Sehebat apa pun bangunan sebuah hospital, pekerja-pekerjanyalah yang akan memberikan hospital itu nilainya, 4,5 atau 6 bintang. Buat masa ini, rating aku untuk Prince-Court adalah 3 bintang sahaja-sorry!
Akhirnya aku solat asar di atas trolley pesakit-aku bertayammum dengan blanket hospital dan meminta nurse mengalih trolleyku menghadap kiblat.Dengan penuh sendu, aku meminta kehadrat Illahi-tak putus-putus aku memohon ampun...Ampunkanlah aku.ya Allah..ampunkan aku...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Inna Lillaahi wa Innaa ilaihi Raji'oon.. Semoga Allah menyembuhkan cepat, sekiranya itu yg terbaik..
ReplyDeleteSyukran atas tausiah yang mengesankan :)
Ummu Reem
kesian makcik..
ReplyDeleteskrg dah ok kan alhamdulillah. slmt pergi ke sabah:D
alhamdulillah dah tak sakit lagi. tapi masih belum boleh jalan. trip ke sabah ni terpakssa pergi juga sebab dah booking sebelum tragedi tu.
ReplyDeleteada apa2 haziq nak dari sabah?
salam untuk mak.