Wednesday, July 1, 2009

adakah istilah remaja di dalam islam?

Sebenarnya persoalan ini telah lama bermain di benakku. ia bermula sejak aku membaca sebuah artikel terbitan Indonesia yang mempersoalkan kewujudan fasa remaja di dalam istilah dunia Islam.
Beberapa peristiwa yang berlaku akhir-akhir ini menyebabkan aku kembali ingin menyelami semula permasalahan ini.
Kalau mengikut istilah Barat, remaja adalah fasa 13 hingga 18 tahun.( Thirteen to eighteen). Note perkataan 'teen' di situ-lahirlah istilah teenagers.
Secara fisiologi, berlakulah perubahan hormon yang memulakan fasa puberti/baligh yang membawa bersamanya perubahan fizikal dan kematangan akal.
Pakar-pakar psikologi Barat mengiktiraf fasa ini dan mengakui bahawa pada fasa ini berlaku pelbagai kecelaruan emosi, peningkatan nafsu dan kecenderungan kepada jantina berlawanan. Mereka menyarankan ibubapa dan guru untuk cuba memahami anak-anak ini di fasa ini dan memberi ruang kepada mereka pada waktu ini untuk melakukan eksperimen-eksperimen dengan perasaan dan tubuh mereka. Mereka ingin kita bersifat memaafkan dan cuba menerima bahawa segala pertentangan dari norma yang berlaku pada waktu ini adalah 'to be expected' dan 'acceptable'. They are just teenagers. It's normal for teenagers to do that.
Ini adalah ungkapan-ungkapan yang biasa kita dengar.

kalau kita perhatikan sistem pembelajaran kita juga mengikut pembahagian ini iaitu dari 13 tahun hingga 17 tahun adalah fasa sekolah menengah.
Undang-undang kita juga mengikut sistem Barat di mana kita ada juvenille law untuk di bawah umur 18.

Saya pernah bertanya kepada seorang teman yang sedang study Islamic Law. Is there such a thing as juvenille hukum in Islam. I mean if somebody who is 16 commit a crime, is there a special clause in Islam which says that since he is only 16, the hukum is different for him.
kalau sekiranya seorang berumur 32 tahun mencuri dengan sengaja dan setelah dipersetujui dan diselidiki dengan saksama tiada sebab2 lain kenapa ia mencuri, maka hukumannya adalah memotong tangannya. Bagaimana pula kalau yang mencuri itu berumur 16 tahun? Adakah dia akan diadili sama seperti orang dewasa atau adakah dia akan diadili seperti remaja, dengan andaian tentu hukuman untuk remaja lebih 'lenient' atau tidak begitu tegas.
Jawab beliau : Tiada hukum khusus untuk remaja. sebaik sahaja mereka mencapai aqil baligh, bermakna ia akan diadili seperti orang dewasa.

Seperti yang kita semua maklum, semua hukum di dalam Islam terpakai saat seseorang mencapai baligh. Hukum puasa, solat,zakat,nikah,hukum hudud dan lain-lain.Semua hukum-hukum ini bermula saat seseorang mencapai baligh, apakah ketika itu umurnya 15 atau kurang dari itu.

Di dalam Islam, baligh adalah pembezanya. Dosa dan pahala telah pun mula dikira.
Dalam konteks masyarakat Islam sekarang, mereka mudah memahami bila dikait dengan dosa dan pahala. Tetapi, bagaimana dengan tanggapan dan layanan mereka terhadap anak-anak yang sudah aqil baligh?
Kita masih menganggap mereka kanak-kanak kecil selagi mereka masih di bangku sekolah. Kita cuma menganggap mereka dewasa apabila mereka sampai ke universiti. Itupun ada kalanya masih ' di-baby-kan' lagi.
Ada yang mungkin akan berkata, walaupun mereka telah baligh, mereka masih belum matang lagi. mereka masih tidak pandai membuat keputusan.Mereka masih lagi takut dengan gelap.

Samada kita sedari atau tidak, salahnya terletak pada diri kita sendiri. Kita telah tertipu dengan Psikologis dari Barat. Mereka mengatakan, anakmu masih anak-anak lagi. Berilah dia ruang untuk menikmati alam remajanya. Akhirnya kita telat atau terlambat dalam mendidik mereka menjadi dewasa.
Kita tidak membenarkan mereka berbincang dan menyampai pendapat. Kita tidak mengikutsertakan mereka dalam membuat keputusan.Kita sangat memaafkan mereka atas segala kesalahan mereka. Kita dengan taat memberikan belanja mereka setiap hari, mengurus mereka serba serbi. Kita terasa disibukkan kerana kita tiada persediaan untuk mereka menjadi dewasa.

Berapakah umur Usamah bin Zaid ketika ia memimpin pasukan tentera Islam untuk menyerang Rom?
Berapakah umur Muhammad Al Fatih ketika ia memerdekakan Konstatinople?
Berapakah umur dua orang kanak-kanak Muaz dan Muawiz ketika peperangan Badar? Mengapakah rasulullah membenarkan kedua orang anak' remaja' ini untuk berperang? peperangan bukan main-main. Ia satu keputusan besar. Kemungkinan untuk mati atau terluka memang sangat tinggi. Tidak pula kita mendengar cerita Rasulullah meminta izin kedua ibubapa mereka. Tidak pula diriwayatkan keduanya ditahan oleh kedua ibu bapa mereka daripada ikutserta peperangan itu. Bahkan merekalah yang membuat keputusan itu dalam sedar dan berlumba-lumba untuk pergi bersama.

Lihatlah perbezaan besar ini dengan anak-anak sekarang. Bagaimana tidak mungkin Islam berkembang dengan cepat pada waktu dahulu kerana ramainya pemuda-pemuda yang dewasa, yang matang dan boleh membuat keputusan sendiri.

Kita masih di takuk ini, kerana kita selesa memanjakan anak-anak kita dalam dakapan kita.

Aku semakin yakin tiada istilah remaja di dalam Islam.

Berikan ruang untuk anak-anak kita membesar menjadi dewasa, bukan menjadi remaja dan lambat dalam mendewasakan mereka.
 Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment